26 August 2009

PENYERAHAN HAK



“Barangsiapa mempertahankan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku, ia akan memperolehnya.”
Matius 10:39

Pada 12 Ogos 2009, sekitar jam 1.30 pagi, Saya bersama Pst. James Taju (GPI Batam, Indonesia, mentor kami di SIB Serdang) telah dirompak. Saya baru sahaja menjemput Pst. James dari LCCT (Air Asia) sekitar jam 12.40 tengah malam yang datang dari Manado dan akan menginap di rumah kami sebelum melanjutkan perjalanan balik ke Batam.

Waktu saya sedang membuka pintu pagar rumah kami untuk memasukkan kereta (van gereja) ke dalam, tiba-tiba 2 buah motorsikal bersama dengan 3 orang datang menghampiri kami. 2 orang dari mereka mendatangi saya dan 1 orang mendatangi Pst. James. Pada awalnya, saya berfikir mereka itu adalah di kalangan jemaat, tetapi saya tidak mengenali mereka. 2 orang yang mendatangi saya meminta sesuatu dari saya, tetapi saya kurang mengerti maksud mereka kerana masih terkejut dengan kehadiran mereka yang secara tiba-tiba. Dalam keadaan terkejut, salah seorang dari mereka tiba-tiba menumbuk bahagian mulut saya sehingga bibir bawah di sebelah kiri koyak dan saya rebah (darah mengalir dengan banyak). Lepas itu mereka ancam untuk memukul saya dengan senjata besi dan meminta handphone, jam dan dompet yang saya ada.

Ketika mereka sudah mendapatkan apa yang mereka inginkan, ada tiga hal yang terjadi dalam diri saya. Pertama, saya berdoa untuk melepaskan pengampunan kepada perompak itu. Kedua, saya serahkan semua yang mereka ambil dari saya kepada Tuhan kerana saya sedar semuanya adalah milik Tuhan ( Dalam dompet saya ada sedikit wang tunai, kad pengenalan saya, MyKid anak kami, dan beberapa kad bank). Ketiga, saya naikkan ucapan syukur kepada Tuhan kerana kecederaan ringan sahaja yang terjadi.

Saya sempat mengunci pintu pagar setelah kedua orang yang menyerang saya menuju ke arah Pst. James yang masih di dalam kereta. Saya juga sempat memanggil isteri saya yang di dalam rumah bersama anak kami (7 bulan dah umur dia hari ini) sebelum saya lari untuk mendapatkan bantuan dari orang lain. Saya sempat bimbang dengan keselamatan keluarga dan juga Pst. James yang masih dalam van ketika saya lari untuk mendapatkan bantuan.

Di belakang rumah kami, saya bertemu dengan seorang lelaki cina dan minta bantuan tetapi dia juga menyatakan yang baru sahaja dirompak (Malam itu ada 4 kejadian rompak di sekitar kawasan rumah kami). Seterusnya saya berlari ke sebuah apartemen di mana di situ ada pengawal keselamatan (sekuriti) dan dari mereka saya dapat menghubungi polis di Seri Kembangan. Lebih kurang 5 minit dari itu saya kembali ke rumah dan mendapati perompak dan Pst. James juga tidak ada di tempat kejadian. Saya bimbang juga memikirkan Pst. James, apakah dia selamat atau tidak. Tak lama dari itu kereta Polis tiba di tempat kejadian untuk mengawal keadaan dan mendapatkan maklumat. Setelah Polis datang, barulah Pst. James dan isteri saya keluar dari dalam rumah (Rupa-rupanya, Pst. James sudah masuk di rumah kami. Puji Tuhan semuanya selamat).

Pst. James dan isteri saya sempat terkejut dan tertanya-tanya dari mana darah yang banyak di tempat saya jatuh. Macam-macam yang timbul di fikiran ketika mereka melihat saya tidak ada di situ. Mungkin saya ditikam atau cedera teruk dan banyak lagi. Mereka sangat bersyukur setelah melihat keadaan saya kerana kecederaan yang saya alami tidak terlalu serius.

Setelah itu Polis nasihatkan kami untuk membuat laporan di balai polos Seri Kembangan. Saya dan Pst. James bergegas ke balai polis Seri Kembangan untuk membuat laporan polis. Lepas itu kami di minta untuk bertemu dengan pegawai penyiasat di balai polis Sri Serdang sebelum kami ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan. Kami hanya balik ke rumah sekitar jam 7 pagi kerana urusan laporan polis dan rawatan di hospital. Jadi sepanjang malam itu kami tidak tidur.

Ketika sampai di rumah dari hospital, saya sangat terhibur kerana ada 5 (sebenarnya 6 tetapi seorang dari mereka awal balik kerana perlu jalan awal untuk bekerja) orang jemaat yang terus setia menemani keluarga saya di rumah. Saya sangat terhibur dengan perhatian yang diberikan. Saya juga mendengar ada jemaat yang sanggup meredah hujan sekitar jam 6 pagi (di Semenanjung masih gelap tu) untuk mencari kedai yang menjual kredit handphone, kerana kredetnya habis dan dia cuba mendapatkan maklumat sebenar yang telah terjadi kepada kami. Siangnya, para pemimpin gereja datang ke rumah kami untuk memberi sokongan dan memberi dorongan kepada kami. Ramai teman-teman dan ahli keluarga yang menghubungi kami. Terima kasih yang tidak terhingga atas apa yang telah kamu lakukan.

Di sebalik dari peristiwa ini, saya mula memahami maksud Yesus di Matius 10:39. “Nyawa”, mewakili semua yang sangat berharga bagi kita. Yesus ajarkan, untuk mendapatkan sesuatu yang sangat berharga, jangan pertahankan tetapi lepaskan hak kepemilikan kita itu kepada Tuhan. Pagi itu, ketika saya melepaskan pengampunan, melepaskan hak kepemilikan dari semua yang diambil dari saya dan menaikkan ucapan syukur, saya sedar itu bukan kekuatan saya sendiri tetapi Roh Kudus yang telah memampukan saya untuk melakukannya kerana Dia ialah Penolong yang Yesus utus kepada setiap anak-anak-Nya (Yohanes 14:16-17).

Saya mahu kongsikan beberapa pelajaran penting dari peristiwa yang kami alami:

1. Kedatangan Yesus adalah seperti pencuri (Matius 24:43-44). Oleh itu kita harus senantiasa berjaga-jaga dengan cara tetap setia dan mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh. Hati-hati juga dengan peragut atau perompak. Lebih baik nombor telefon balai polis yang terdekat senantiasa diingat.
2. Jangan pertahankan “nyawa” atau hak kepemilikan (Matius 10:39). Apa yang Anda sangat hargai, serahkan itu kepada Tuhan dengan cara melepaskan hak kepemilikan Anda kepada Tuhan.

UCAPAN SYUKUR: 1 Tesalonika 5:18

1. Tuhan masih memberi kesempatan untuk melaksanakan pekerjaan-Nya melalui saya di muka bumi ini.
2. Walaupun semua dompet, handphone, jam dan beberapa barang lain di ambil oleh perompak, tetapi ketika Pst. James minta pasportnya dari perompak itu, mereka berikan pada Pst. James.
3. Perhatian dan sokongan dari isteri, jemaat dan kawan-kawan, terhadap kami. Anda semua memberi banyak penghiburan kepada kami.

FIKIR-FIKIRKANLAH...

“Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jangan kesali apa yang tidak ada atau yang hilang”

UNTUK MENGTAHUI LEBIH LANJUT TENTANG “PENYERAHAN HAK” SILA IKUTI EXCELLENT SERVENT CAMP (ESC) PADA 26-28 FEBRUARI 2010 DI MBS RAWANG. PASTI ANDA DIBERKATI.

6 comments:

  1. hai Pr,

    sy mau share sstu yang sy dapat; waktu dulu hp sy hilang gara-gara pencopet di KTM, sy memang kesal sangat. Sy sempat menyalahkan adik sy (sebab masa itu dia yg pakai hp sy). Tp sy akhirnya minta Tuhan begini, 'Bapa ampunilah mereka'.

    Tapi ahad (semasa Pr sharing ini 23/8)lepas, Tuhan tegur sy. Waktu Pr, katakan 'sy lepaskan pengampunan kepada perompak itu', disitu Tuhan tegur sy dan mengingatkan sy kembali kpd hp sy yg hilang. Selama ini, sy selalu mengungkit kesalahan adik sy menghilangkan barang2 sy. Sb sy sendiri tidak pernah berkata sy lepaskan pengampunan. Justeru hari itu, sy berkata di depan Tuhan ' sy lepaskan pengampunan kepada adik sy dan pencopet itu'. Ternyata ada beza ketika kita minta Bapa mengampuni kesalahan org itu dan kita sendiri yg katakan 'saya lepaskan pengampunan'.

    ReplyDelete
  2. Wow..kesaksian yg sangat m'beri inspirasi pak.. Tuhan memberkati...

    ReplyDelete
  3. karakter sebenar seseorang itu mudah dilihat bila dia dalam keadaan yang tertekan. Ramai orang melaungkan "Yesus baik! Yesus dahsyat! Haleluyah!" bila mereka dalam keadaan yg baik namun sukacita yang sebenar dilihat bila kita tetap dapat bersyukur bahkan bersukacita saat terjadi situasi sukar dalam hari-hari kita. Pastor, bagi saya, sharing kamu lebih berkualiti dari khotbah yang dicopy paste dari buku/internet. This is a true work of the living Word of God. Maju terus pastor. Harap dapat jumpa dlm masa terdekat utk mendapat inspirasi & impartasi dari pastor.

    ReplyDelete
  4. Teman2 terima kasih untuk respon. Saya percaya, dari pengalaman ini, kita semua mendapatkan pelajaran yang sangat berharga. Saya bersyukur kerana Tuhan ingatkan melalui Roma 8:28 "Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu (termasuk hal2 yang tidak menyenangkan) untuk mendatangkan kebaikan...". Gbu

    ReplyDelete
  5. Wagner,

    Puji Tuhan kerana Dia senantiasa melakukan segala sesuatu yang terbaik bagi anak-anak-Nya. Terima kasih untuk dorongan. Saya percaya, melalui hidup dan teladan kamu, ramai anak muda bukan lagi belimpat-lompat sahaja, tetapi kedua lutut akan bertelut dan sujud menyembah serta berdoa kepada Tuhan dengan sungguh-sungguh. Gbu

    ReplyDelete
  6. Saya sentiasa kagum akan kamu. Khotbah..talent..karisma dan kesaksian kamu memberi impak kepada saya. Mantap Geng!

    ReplyDelete