02 June 2009

BERI DAN LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK TUHAN

Ketika seseorang bekerja; baik di kilang, di ladang, di pejabat, di rumah atau di gereja: Seringkali merasa bersungut-sungut, lakukan kerja dengan cara ala kadar (asal siap / asal jadi) dan tidak melakukan pekerjaan atau tugas itu dengan sungguh-sungguh, sehingga tidak dapat menghasilkan yang 'Excellent'. Kenapa hal ini terjadi?

Excellent itu bererti "Memberi / melakukan sesuatu lebih dari yang diharapkan". Excellent itu lebih dari sekadar baik.

Kolose 3:23 mengatakan : "Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu untuk Tuhan dan bukan untuk manusia".

Dari ayat ini ada 3 kebenaran penting tentang bagaimana kita dapat menghasilkan yang 'Excellent' dari apa yang kita lakukan atau kerjakan.
1. TUHAN MENGHARGAI 'APAPUN' YANG KITA LAKUKAN
Firman Tuhan mengatakan, "Apapun yang kamu perbuat...". Tidak dibatasi dengan hal-hal yang menyenangkan, yang mudah dikerjakan atau yang berkaitan tentang pelayanan sahaja, tetapi "APAPUN" iaitu segala sesuatu yang kita lakukan. Ketika Anda menulis tesis, menyiapkan 'assignment', mengerjakan kerja-kerja di pejabat, mempersiapkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan dalam pertemuan ibadah, mengurus anak, membasuh pinggan mangkuk atau membersihkan gereja, semuanya itu dihargai oleh Tuhan dan Dia rindu anak-anak-Nya melakukannya dengan 'Excellent'.

Tuhan telah mempercayakan kami suami isteri dengan seorang anak yang 'cute'. Kami beri nama Chrischel Ernfui. Dalam beberapa waktu ini, Tuhan memberi saya kesempatan untuk menjaga anak kami kerana kami belum ada pembantu dan isteri bekerja dengan kerajaan. Pada mulanya saya berfikir, alangkah baiknya jika kami ada pembantu; saya akan lebih bebas melakukan apa saja aktiviti yang saya fikir dan rencanakan. Tetapi Tuhan menegur saya. Dia katakan, "Ini adalah kesempatan terbaik untuk kamu memberi dan melakukan yang terbaik untuk anak kamu yang baru berusia 3 bulan, kerana kamu tidak akan ada kesempatan seperti ini lagi ketika dia sudah berusia 30 tahun." Saya diingatkan Tuhan tentang ayat ini, "Apapun yang kamu perbuat...".

Bererti, Tuhan menghargai bukan sahaja pelayanan berkutbah, mengajar, membimbing, menasihati atau memimpin jemaah yang saya lakukan, tetapi mengurus keluarga juga Tuhan sangat hargai. Ingat: Tuhan menghargai 'Apapun' yang Anda kerjakan dan lakukan.

2. TUHAN MAHU KITA MEMILIKI SIKAP "SEGENAP HATI"

Masalah utama, kenapa ramai orang yang tidak dapat melakukan sesuatu dengan 'Excellent' ialah kerana apa yang dilakukan itu dilakukan bukan dengan sikap "Segenap hati". Segenap hati itu belum tentu dalam hal kepakaran(kemahiran) atau yang kita suka, tahu dan selalu lakukan. Segenap hati itu berkenaan dengan sikap. Wayne Cordiero menuliskan dalam bukunya, "Sikap Yang Menentukan Keberhasilan". Benar! Sikap sangat menentukan keberhasilan. Firman Tuhan juga mengatakan, "...perbuatlah dengan segenap hatimu...". Bererti sikaplah yang menentukan apakah kita mengerjakan sesuatu dengan 'Excellent'.

Tentu Anda ingat cerita klasik tentang perlumbaan di antara arnab dan kura-kura yang akhirnya dimenangi oleh si kura-kura. Jika diteliti dengan baik, dari segi kepantasan berlari, arnab lebih pantas dari kura-kura. Tetapi, kenapa dalam cerita ini, kura-kura yang memenangi perlombaan tersebut? Semuanya kerana "Sikap". Ketika arnab berfikir kura-kura tidak mungkin dapat mengalahkan dia kerana kura-kura itu berjalan sangat perlahan, sikap itu yang terlebih dahulu menewaskan si arnab, bukan kerana kura-kura itu cepat berlari atau kerana arnab tertidur (seperti dalam cerita dongeng kura-kura vs arnab).

Ketika Anda bersikap, "Nantilah...baru saya kerjakan...tesis...kerja rumah...persiapan kutbah...persiapan pelayanan...bersiap-siap ke gereja...dan banyak lagi...", sikap itulah yang membuat semua yang Anda lakukan menghasilkan yang tidak 'Excellent".

Tuhan meminta Anda berubah dari sikap "Saya tidak boleh atau saya boleh" kepada "Dengan segenap hati" walaupun Anda tidak mahir melakukannya atau sudah selalu melakukannya. Jika Anda melakukan sesuatu dengan segenap hati, pasti Anda tidak akan membuang atau menangguh masa untuk mengerjakan apa yang patut Anda kerjakan. Jika Anda memiliki sikap "segenap hati", Anda pasti mahu melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik, walaupun itu bukan bidang kepakaran atau Anda tidak biasa melakukan pekerjaan itu. Mulailah dari SEKARANG! Praktikkan "Dengan segenap hati".

3. SEGALA SESUATU ADALAH UNTUK TUHAN

Paulus menuliskan dalam ayat ini, "...untuk Tuhan dan bukan untuk manusia". Kita seringkali berfikir atau menuntut, apa yang kita akan dapatkan jika kita lakukan sesuatu dengan 'Excellent"? Kenapa fikiran itu muncul? Kerana, kita berfikir, apa yang kita lakukan, kita lakukan untuk manusia.

Yesus mengatakan dalam Matius 25:40 "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku." Sebelum ayat 40, Yesus mengatakan "Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan; ketika Aku telanjang, kamu memberi aku pakaian; ketika Aku sakit, kamu melawat Aku; ketika Aku di dalam penjara, kamu mengunjungi Aku" Matius 25:35-36.

Ketika Yesus ditanya, bila semua (Ay.35-36) itu terjadi kepada Dia (Lapar, haus, orang asing, telanjang, sakit & banduan) ? Yesus mengatakan bahawa Dia turut merasakan semua penderitaan yang dialami oleh setiap orang di dunia ini.

Jika hari ini Anda melihat seseorang yang dalam keadaan lapar, haus, terasing atau diasingkan, sakit, tidak ada pakaian atau dipenjarakan kerana apa saja kesalahan, apakah 'respon' (tindak balas) Anda? Apakah Anda akan katakan, "Uruslah dirimu sendiri...aku uruskan diriku sendiri" atau "Itulah kamu...kalau kamu tidak mencuri, kamu tidak akan dipenjarakan...kalau kamu bersekolah tinggi kamu tidak akan melarat...kalau kamu tidak melanggani pelacur kamu tidak akan terkena HIV/Aids..". Apakah itu respon Anda?

Yesus tidak pertanyakan kenapa mereka lapar, haus, telanjang, sakit atau dipenjarakan, hari ini Yesus bertanya apakah responmu?

Anda pasti akan melakukan yang 'Excellent' jika segala sesuatu yang Anda lakukan, semuanya tertuju kepada Tuhan dan bukan kepada manusia semata-mata. Bila itu tertuju kepada Tuhan, Anda akan lakukan semua yang terbaik dan sesuai dengan kebenaran firman Tuhan melalui hidup Anda.

RENUNGKAN:

Selama ini, mungkin Anda berfikir, "pekerjaan atau pemberian yang terbaik itu hanya yang saya lakukan di gereja". Itu tidak tepat, kerana Tuhan menghargai apapun (Tidak bertentengan dengan firman Tuhan) yang Anda lakukan.

Anda mungkin berkata, "Saya tidak dapat kerjakan... kerana saya tidak ada kemahiran mengerjakannya..." atau Anda berfikir "Nanti saja... senang saja kerjakan bah itu...", sehingga menghasilkan sikap bukan dengan "segenap hati". Hari ini, Tuhan mahu Anda lakukan segala sesuatu dengan sikap "Segenap hati".

Jangan menuntut, "apa yang saya akan dapat?", ketika Anda melakukan yang terbaik untuk orang lain kerana semua yang Anda lakukan itu tertuju kepada Yesus. Jika Anda ingin menyenangkan hati Tuhan, lakukan sesuatu yang terbaik kepada yang "paling hina" iaitu orang-orang di sekeliling Anda yang memerlukan bantuan.

"BERI DAN LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK TUHAN"

Tuhan memberkati.



22 comments:

  1. wah..tahniah Pr sudah ada blog!..selamat datang ke dunia penulisan maya. Sy diberkati dgn 3 point di atas. Walau sudah bbp kali dengar, tp firman Tuhan itu menyegarkan jiwa sy. Apa lagi, baru masuk kerja selepas cuti.. sudah macam2 hal, walaupun pd sy tidak adil buat sy. Tp point 3, menyedarkan sy kembali, supaya apapun yg sy perbuat, perbuatlah itu untuk Tuhan dan bukan untuk manusia.

    Thanks Pr.
    Gbu

    ReplyDelete
  2. Mari kita berkati dunia dengan penulisan yang membawa kemuliaan bagi nama Tuhan.

    Beri dan lakukan yang terbaik untuk Tuhan.

    Gbu

    ReplyDelete
  3. Dahsyat luar biasa pastor.Sangat diberkati dengan blog ini. Terus mengimpak dunia. Tuhan Memberkati!!

    ReplyDelete
  4. Amen.. mengimpak dunia dengan potensi diri dalam pelbagai bidang dan pelbagai cara.. juga melalui dunia cyber.. era maklumat di hujung jari..Harapan saya.. biar langkah pertama ini akan menjadi impak dan berkat melalui penulisan.. destiny akhirnya.. adanya buku penulisan Pastor Losius T sendiri..

    ReplyDelete
  5. Teruskan pelayanan yg semakin mencabar dgn kaedah pelayanan yg LUARbiasa! Amen! kalau pastor sudah buat buku bgtau saya. saya orang pertama beli!

    ReplyDelete
  6. Saya akan cuba kembangkan penulisan saya bermula dari blog ini. Harap semua tulisan dalam blog ini dapat dibukukan satu hari nanti. Tq untuk sokongan. Gbu

    ReplyDelete
  7. Ps, Syabas! Tuhan pasti memberkati blogmu ini. Sudah tiba waktunya orang kita menjadi garam dan terang melalui wadah dan saluran maya. 3 poin yang Ps muatkan di atas mengingatkan saya Daniel yang berpeluang berkhidmat di bawah tiga raja di negara berhala - Babel. Daniel sangat cemerlang dalam semua aspek dirinya..termasuk kerjayanya. Daniel mendapat tempat di hati rajanya. Tetapi pesaingnya iri hati. Mereka 'scan' gaya hidup Daniel di setiap sudut. Mengkagumkan sekali. Mereka tidak menemukan setitikpun kesalahan. Kualiti seperti inilah yang kita harapkan ada pada setiap diri anak-anak Tuhan. Tuhan memberkati. Jauh di mata dekat di hati.

    ReplyDelete
  8. Tq uncle.

    Pasti sesuatu Tuhan kerjakan dalam hidup kita saat hati tertuju kepada-Nya. Teruskan pelayanan dan menjadi berkat kepada generasi muda. Gbu

    ReplyDelete
  9. Segala puji dan sembah bagi Yesus. Taniah pastor atas blog yang amat memberkati ini. teruskan pelayanan ini..Tuhan berkati

    ReplyDelete
  10. Tq. Terus beri sokongan dalam doa. Gbu

    ReplyDelete
  11. sybas pastor..Tuhan pasti memberkati.
    "Pergunakan:Ada Apa Denganmu"

    ReplyDelete
  12. Tq. Terus jadi pendoa syafaat untuk kami sekeluarga dan pelayanan kami. Gbu

    ReplyDelete
  13. Syabas Pastor.Mesej ini selalu melekat dihati sy sejak pertama kali mendengar dan mengalami kebenaran Firman ini sewaktu di Serdang. Sy sgt gembira dapat keep in touch dan mendapat makanan rohani melalui blog ini.Gbu...(Jasmine A.M)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih.
    Doa kami, agar di mana saja kamu berada, kamu tetap kuat dan dapat memberi dan melakukan yang terbaik untuk Tuhan.

    Gbu

    ReplyDelete
  15. wow!! terimaa kasihh..sungguh memberkati!!

    ReplyDelete
  16. tq pastor.singkat tapi mengajak untuk melakukan Firman Tuhan

    ReplyDelete
  17. Hidup ini memang hanya untuk Tuhan GBU.

    ReplyDelete