16 June 2009

KEBAIKAN TUHAN

Roma 8:28
“Kita tahu sekarang, bahawa ‘TUHAN’ turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana ‘TUHAN’.”

Dalam ayat ini Paulus mengatakan, “Kita tahu SEKARANG...”. Bererti, sebelumnya ada sesuatu yang kita tidak tahu sebelumnya.

Ada cerita klasik tentang seorang bapa dan bayi mereka yang masih kecil. Ketika bapa itu keluar untuk sementara waktu dari rumah mereka, bayinya dijaga oleh anjing mereka yang sangat baik dan prihatin. Ketika kembali ke rumah, anjing itu menyambut bapa itu dengan riang sekali sambil mengibas-ngibaskan ekornya; tetapi bapa itu tiba-tiba menjadi sangat marah kerana mulut anjing itu dilumuri darah! Tanpa berfikir panjang, bapa itu mengambil senapang dan menembak mati anjingnya itu. Anda tahu apa yang terjadi? Ketika bapa itu kembali ke buaian bayinya, didapatinya seekor ular sawa yang besar sudah mati kerana digigit oleh anjingnya. Rupa-rupanya, anjing itu telah mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan bayi itu dari ular sawa tersebut. Setelah membunuh anjingnya, melihat ular sawa yang sudah mati dan bayinya dalam keadaan selamat; barulah dia dapat katakan, “Saya tahu sekarang, anjing saya itu menyambut saya dengan gembira kerana berjaya menyelamatkan anak saya dari ular sawa.” Bapa itu telah mengambil kesimpulan, darah pada mulut anjing itu adalah darah anaknya, sehingga dia bertindak tanpa usul periksa, sehingga membuat bapa itu mengambil tindakan drastik iaitu membunuh anjingnya.

Sering kali kita bertindak terburu-buru menuduh TUHAN tidak adil atau TUHAN tidak memperdulikan, saat kita berhadapan dengan masalah. Namun, firman Tuhan dalam Roma 8:28 ini, kita dapat pelajari 4 perkara berkaitan dengan “Kebaikan Tuhan” dalam hidup kita.

1. TUHAN TIDAK PERNAH MERENCANAKAN AKHIR YANG JAHAT

Yeremia 29:11
“Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, denikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan DAMAI SEJAHTERA dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberi kepadamu hari depan yang penuh harapan.”

Seorang profesor sedang memperhatikan seekor kupu-kupu berusaha keluar dari kepompongnya. Dia melihat begitu payahnya kupu-kupu itu cuba keluar kerana lobang kepompong itu sangat kecil dibanding dengan ukuran badannya. Profesor itu membesarkan lobang kepompong itu dengan harapan kupu-kupu itu dapat keluar dengan mudah dan cepat. Kupu-kupu itu dapat keluar dengan mudah, tetapi beberapa minit kemudian kupu-kupu itu mati. Profesor itu membuat penelitian kenapa kupu-kupu itu mati? Akhirnya ditemukan bahawa sebenarnya kesulitan untuk keluar dari lobang yang kecil itu adalah untuk kebaikan bagi kupu-kupu. Kupu-kupu itu mati kerana ia tidak dapat mengembangkan sayapnya dan perutnya terlalu berat. Kesulitan untuk keluar dari kepompong itu bertujuan supaya isi perutnya keluar sehingga meminyaki sayap dan seterusnya membuat sayapnya mudah dikembangkan dan perutnya kempis, seimbang dengan kekuatan sayapnya saat keluar nanti.

Tuhan tidak pernah merencanakan sesuatu yang jahat kepada Anda. Dia merencanakan bahkan Dia sangat tahu rencana-Nya iaitu untuk damai sejahtera dan hari depan yang penuh harapan dalam hidup Anda. Walaupun sekarang Anda tidak mengetahui apa kebaikan dari semua yang Anda hadapi atau alami, namun percayalah Tuhan merencanakan kebaikan dalam hidup Anda. Apapun yang Tuhan izinkan berlaku dalam hidup Anda, di dalam Kristus, akhirnya ada kebaikan yang luar biasa.

2. TUHAN MENGGUNAKAN “SEGALA SESUATU” UNTUK KEBAIKAN

Kejadian 50:20
“Memang kamu telah mereka-rekakan yang jahat terhadap aku, tetapi “TUHAN” telah mereka-rekakannya untuk kebaikan, dengan maksud melakukan seperti yang terjadi sekarang ini, yakni memelihara hidup suatu bangsa yang besar.”

Sebelum Yusuf menjadi orang kanan Firaun iaitu sebagai Perdana Menteri Mesir, dia telah melewati banyak hal yang tidak menyenangkan. Dia dianiaya oleh saudara-saudaranya sehingga dijual kepada kalifah orang Ismael (Kejadian 37:25). Dibeli oleh Potifar (Pegawai Firaun) sebagai hamba (Kejadian 38:1). Difitnah cuba merogol oleh isteri Potifar yang kesal kerana Yusuf tidak melayan keinginan nafsunya (isteri Potifar), menyebabkan Yusuf dipenjarakan (Kejadian 37:11-20). Tetapi akhirnya, semua kesulitan yang Yusuf lalui telah membawa dia kepada penggenapan rencana Tuhan yang dinyatakan melalui mimpinya beberapa tahun sebelumnya; iaitu dia akan menjadi orang yang berkuasa (Kejadian 37:5-11). Melalui Yusuf, bapa dan semua saudara-saudaranya terpelihara dari kebuluran, bahkan keturunan Yakub diberi tempat yang terbaik di Mesir.

Yusuf tidak pernah mempersalahkan saudara-saudaranya, Potifar dan isteri atau keadaan, apalagi mempersalahkan Tuhan, melalui kesusahan yang ia lalui. Dia tidak berfikir bahawa rencana TUHAN untuk damai sejahtera dan hari depan yang penuh harapan itu telah gagal oleh kerana kesusahan yang dia alami. Di akhir dari semuanya itu, disimpulkan di Kejadian 50:20 iaitu TUHAN yang telah mereka-rekakannya untuk kebaikan. Bererti, TUHAN menggunakan “segala sesuatu”, baik kesusahan atau kesenangan, untuk mendatangkan kebaikan-Nya kepada kita.


3. TUHAN MENDATANGKAN KEBAIKAN TEPAT PADA WAKTU-NYA

Pengkhotbah 3:11a
“Ia (TUHAN) membuat segala sesuatu indah pada waktunya...”

Saya mengenal isteri saya sejak tahun 1999. Kami mula ada komitmen untuk masuk dalam hubungan pernikahan sejak tahun 2000. Namun, 7 tahun kemudian, Pengkutbah 3:11 digenapi; “Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya...”. 1 Januari 2007, kami melangsungkan perkahwinan di SIB Likas, disaksikan oleh ibubapa, saudara-saudara, para pemimpin rohani dan teman-teman. Di hari perkahwinan, kami mengambil tema “Segala sesuatu indah pada waktunya”, kerana kami sedar itulah waktu Tuhan yang tepat dan indah bagi kami.

Ada pepatah mengatakan, “Penanitan adalah suatu penyiksaan”. Saya mau katakan, penantian itu bukan penyiksaan, tetapi penantian itu membuat segala sesuatu indah pada waktu Tuhan. Mungkin Anda sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata setelah bertahun-tahun lamanya menikah. Sudah berusia 30an, namun belum ada calon pasangan hidup atau sudah lama melamar pekerjaan tetap, tetapi sehingga kini belum mendapatkannya. Waktu Tuhan, tidak sama dengan waktu Anda. Pada waktu-Nya, Anda pasti akan sangat bersukacita atas apa yang Tuhan izinkan berlaku pada Anda.

4. ORANG YANG MENGASIHI TUHAN “PASTI” MENIKMATI KEBAIKAN-NYA

Roma 8:28
“Kita tahu sekarang, bahawa ‘TUHAN’ turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana ‘TUHAN’.”

Ramai orang mengejar kebaikan Tuhan. Tetapi firman Tuhan di Roma 8:28 ini mengatakan; “...kebaikan bagi mereka yang MENGASIHI DIA”. Apa hubungan antara mengasihi Tuhan dan kebaikan-Nya? Kebaikan Tuhan itu diberikan kepada semua orang. Dia memberikan matahari, oksigen, graviti, pertumbuhan pada tanam-tanaman, hujan dan banyak lagi. Tetapi, dari semua orang yang menerima kebaikan Tuhan itu, belum tentu mereka menikmatinya. Orang yang mengasihi Tuhan bukan sahaja menerima tetapi menikmati kebaikan Tuhan. Buktinya apa? Melalui pengucapan syukur. Orang yang mengasihi Tuhan pasti mengucap syukur dalam segala hal (1 Tesalonika 5:18).

Mengasihi Tuhan adalah mempercayai Tuhan dalam apa saja keadaan, iaitu; Tuhan mendatangkan kebaikan melalui semua situasi yang dihadapi.

RENUNGKAN:

Ketika sedang minum petang bersama dengan anak buah saya, dia dikejutkan dengan SMS dari seorang teman kami. SMS itu berbunyi: “Pertama sekali saya minta maaf atas segala kesalahan saya terhadap kamu. Halalkan makan-minum saya. Tolong sampaikan kepada teman-teman kita, katakan saya minta maaf atas segala kesalahan saya selama ini. Katakan pada mereka bahawa saya sangat mengasihi mereka. Saya rasa kita tidak dapat jumpa lagi. Mungkin inilah SMS saya yang terakhir. Simpanlah ia untuk mengingati diri ini, kerana setiap yang hidup pasti akan mati....”

Apa yang terjadi dengan dia? Dia ada masalah yang serius? Mungkin dia akan bunuh diri? Itulah antara yang terlintas difikirannya ketika membaca SMS dari teman kami. Ketika saya membaca SMS yang dihantar oleh teman kami kepada anak buah saya, rupa-rupanya SMS itu tidak berakhir di situ sahaja. Di bawahnya dituliskan : “...Saya terpaksa pergi...Ke Jepun....Untuk membantu Ultraman kalahkan raksasa belalang...” Hal yang difikirkan serius akhirnya menjadi perkara yang sangat lucu bagi kami.

Dalam perjalanan hidup dengan Tuhan, Dia tidak berhenti hanya pada sepotong cerita dari bahagian hidup Anda yang penuh damai sejahtera dan penuh harapan. Ketika anda putus percintaan, dipecat dari kerja atau tidak dihargai dalam pelayanan, pasti ada akhir yang baik dari semuanya itu. Walaupun Anda menghadapi semuanya itu, iangatlah firman Tuhan; “...‘TUHAN’ turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia..”. Jika Anda mengasihi Tuhan, PASTI, Anda akan menikmati kebaikan dari semua situasi yang Anda alami.

FIKIR-FIKIRKANLAH:

.... Jangan bertanya kepada Tuhan: Kenapa semua ini terjadi? Tetapi, katakan pada Tuhan: Buatlah saya mengerti maksud-Mu dari semuanya ini.

“BERHENTILAH MEMUSATKAN PADA APA YANG ANDA TIDAK DAPAT LAKUKAN, DAN MULAILAH PUSATKAN PERHATIAN PADA APA YANG TUHAN DAPAT LAKUKAN”
Joel Osteen

6 comments:

  1. santapan rohani yang sungguh memberkati saya di pagi rabu.
    'orang yang mengasihi Tuhan PASTI mengucap syukur dalam segala hal'..sy senang dengan statement ini. Pagi tadi otw ke ofis, sy diingatkan Tuhan, bahwa syukur itu adalah bahasa indah buat Tuhan. Ini mengingatkan sy, ketika kita bersyukur kepada Tuhan, itu menunjukkan bahawa tidak ada satu perkara dalam hidup kita yang terlepas dari pandangan Tuhan. Because to God, everything is under HIS control!

    Pengkhutbah 3:11-adalah ayat favorite sy! Janji Tuhan yg sangat berharga buat sy.

    Thanks Pr, maju terus dan tetap semangat!
    God Bless.

    ReplyDelete
  2. Amen. bila kita BERSYUKUR kita declare kita di bawah naungan dan rencana Tuhan, bersyukur juga menunjukkan ketabahan kita menghadapi 'rintangan' yg di hadapan. bersyukur akan mengurangkan rasa tegang yg kita alami di saat tertekan. bila BERSUNGUT kita membantah rencana Tuhan. menyebabkan tuhan terpaksa bagi rencana lain kepada kita. ini akan melambatkan lagi destinasi asal kerana restart dari satu stage yg baru lagi.. cthnya. org israel yg keluar dr mesir. mereka tidak bersyukur terlepas dari perhambaan mesir, mereka tidak bersyukur perlindungan, kecukupan yg tuhan berikan. akhirnya 40tahun berlegar2 d padang pasir. yg sepatutnya boleh smpi dlm masa sebulan ke tanah perjanjian. Memang susah hendak bersyukur.. tetapi trylah.. pasti lebih enak daripada bersungut…

    ReplyDelete
  3. Bila BERSYKUR.. barulah kita dapat melihat kebaikan Tuhan.. tp bila BERSUNGUT.. pasti kita melihat semuanya tidak baik... BAPA buatlah saya mengerti rencanaMU.

    ReplyDelete
  4. Amen! Renny... Tepat pada waktu-Nya, semua yang kita rasakan tidak adil menimpa kita, akan menjadi suatu kebaikan yang tak ternilai harganya. "Kebaikan Tuhan itu nyata", bukan hanya "Mukjizat itu nyata". Gbu

    ReplyDelete
  5. Mike... Bagus penerapan kamu tentang Israel di Mesir dan 40 tahun di padang gurun, gara-gara tidak tahu bersyukur. Ucapan syukur bukan hanya bukti kasih kita kepada Tuhan tetapi akan mempercepat kita mencapai destininya Tuhan dalam hidup kita. Gbu

    ReplyDelete
  6. Baccarat - Real Money Betting | Best Online Casino
    Baccarat is the best casino for live dealer gaming. Play in more than 2,000 더킹 바카라 different table and live dealer games, with the best odds on all cards.

    ReplyDelete