08 June 2009

MAKSIMUMKAN POTENSI ANDA

Markus 6:38
Tetapi Ia berkata kepada mereka: “Berapa banyak roti yang ada padamu? Cobalah periksa!” Sesudah memeriksanya mereka berkata: “Lima roti dan dua ikan”.

Seperti 5 roti dan 2 ikan yang telah menjadi berkat kepada lebih 5 ribu orang (Markus 6:44), demikian juga hidup kita. Tuhan ingin agar kita memaksimumkan potensi kita untuk menjadi berkat bagi ramai orang. Bagaimana kita memaksimumkan hidup kita untuk menjadi berkat?

1. SERAHKAN “APA YANG ADA” KEPADA YESUS

“Berapa banyak roti yang ada padamu?...”

Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya: “Berapa banyak roti YANG ADA PADAMU?”. Dia tidak bertanya, mencari atau meminta apa yang TIDAK ADA. Yesus bertanya kepada Anda hari ini: “Apa yang ada padamu?”

Kenapa ramai orang percaya tidak maksimum dalam hidupnya? Salah satu sebabnya ialah pengabaian kepada apa yang ada padanya. Ada orang yang bekerja di kebun getah orang lain. Mereka bekerja menoreh getah dengan upah dalam kiraan 50% untuk pemilik kebun dan 50% untuk pekerja. Sebenarnya pekerja itu memiliki tanah sendiri tetapi tidak diusahakan. Jika diusahakan, pendapatannya akan melebihi apa yang diterimanya dengan bekerja pada orang lain. Inilah salah satu contoh tidak menggunakan “Apa yang ada”.

Anda yang ada kemampuan atau minat dalam penulisan. Kenapa tidak kembangkan untuk menulis buku? Anda yang ada kemahiran untuk memasak. Kenapa tidak mulakan perniagaan berasaskan makanan? Kemahiran itu bukan untuk keluarga Anda sahaja. Kemahiran itu adalah “Apa yang ada”, jika diserahkan kepada Tuhan dan Anda mula gunakan potensi itu, ia akan menghasilkan berkat yang lebih besar dari yang anda fikirkan.

Jika kurnia Anda adalah melayani (Penyediaan makanan di gereja, penyambut jemaah, mempastikan kebersihan dan kecantikan gereja) tidak perlu Anda berusaha untuk menjadi pengkhotbah jika itu bukan kurnia Anda. Maksimumkan “apa yang ada”.

Saya ada seorang teman. Pada pandangan saya, dia adalah salah seorang pemain ‘drum’ terbaik dari gereja SIB. Satu waktu dia katakan kepada saya, “Pastor, sebenarnya saya lebih suka memimpin pujian dan penyembahan daripada main ‘drum’.” Pada waktu itu, cara dia memainkan alat muzik itu (drum) cuma “biasa-biasa” sahaja; tetapi saya memotivasi dia, agar dia meningkatkan potensi yang “ada padanya”. Sekarang, dia bukan sahaja pemain ‘drum’ yang “WOW!” atau EXCELLENT, tetapi juga pemimpin pujian dan penyembahan yang sangat memberi inspirasi saat memuji dan menyembah Tuhan.

Seorang yang bernama Colonel Harland Senders telah mewarisi resepi ayam goreng dari nenek moyang melalui ibunya sejak berusia 6 tahun. Selama 65 tahun dia bertukar-tukar kerja dari pembina landasan keretapi, peguam armatur, jurujual insuran, perniagaan kedai gunting rambut, penjual tayar dan pengurus stesen minyak. Ketika berusia 40 tahun dia pernah menyediakan hidangan ayam goreng dari resepi nenek moyangnya kepada para pelancong dan akhirnya menjadi popular dikalangan pelancong, namun akhirnya terhenti begitu saja. Pada usia 65 tahun resepi yang diwarisinya telah menjadi begitu terkenal dan menjadi perniagaan francais. Kini, apa yang diusahakan Senders menjadi sangat terkenal di seluruh dunia iaitu “Kentucky Fried Chicken: KFC” (Kalau ada yang mau belanja saya makan KFC... pasti tidak ditolak..dipersilakan..saya menunggu jemputan...). Akhirnya Senders menemukan bahawa potensi yang besar yang ada padanya, bukan apa yang “tidak ada” tetapi “apa yang ada” padanya iaitu resepi ayam goreng yang diwarisinya. 65 tahun lamanya potensi itu tidak maksimum. Ketika Senders meninggal dunia pada usia 90 tahun, restoran KFC sudah ada di seluruh dunia.

Mulakanlah dengan “APA YANG ADA” pada Anda. Tanah, harta, kemahiran, bakat, kurnia dan banyak lagi. Serahkan pada Yesus untuk Anda memaksimumkan apa yang ada supaya menjadi berkat yang besar. Lima roti dan dua ikan, tetap lima dan dua, jika tidak diserahkan kepada Yesus. Potensi yang ada pada Anda akan maksimum dan menjadi berkat, bila Anda menyerahkannya pada Yesus dan mula menggunakannya.

2. BERUBAH DARI “ATAU” KEPADA “DAN”

“Lima roti dan dua ikan”.

Yesus melakukan mujizat memberi makan kepada lebih 5000 orang dari hanya lima roti dan dua ikan sahaja. Yesus tidak menerima roti “ATAU” ikan, tetapi roti “DAN” ikan. Jika Yesus menerima makanan itu dengan kata “Atau”, Dia harus memilih salah satu dari roti atau ikan; tetapi Yesus menerima makanan itu dengan menggunakan kata “Dan” iaitu dia menerima kedua-duanya. Tidak terjadi pemisahan atau pengasingan di sini.

Kata “atau” ini sering saya dengar dalam pelayanan saya. Satu kali seorang pegawai kerajaan menyatakan perkara doanya: “Doakan saya, agar saya tahu di mana kehendak Tuhan kepada saya. Terus berkhidmat dengan kerajaan atau melayani Tuhan penuh masa.” Tetapi ketika dia mendengar dan mengerti kebenaran firman Tuhan ini, dia menemukan jawaban dari doanya dan mula praktikkan: “Saya adalah pegawai kerajaan DAN pelayan Tuhan sepenuh masa (Sepenuh hati).” Dia bekerja dengan penuh sukacita, semangat dan bertanggung jawab (Excellent), dan melayani Tuhan dengan sungguh-sungguh walaupun dalam keadaan penat atau harus memberi kewangannya sendiri untuk melayani Tuhan. Saya sangat diberkati dengan jemaah ini. Sepatutnya, semua anak-anak Tuhan harus berfungsi dengan kata “DAN” dan bukan “ATAU” dalam konteks memaksimumkan potensi kita sesuai dengan standard Tuhan (Bukan yang berkaitan dengan dosa).

Saya mengenal seorang doktor perubatan. Dia mempunyai klinik sendiri. Tetapi pada masa yang sama dia adalah pastor. Dahulu dia katakan: “Saya adalah doktor dan pastor”. Tetapi kerana fokusnya lebih kepada panggilannya sebagai pastor, maka sekarang dia katakan: “Saya adalah pastor dan doktor”. Dia tidak menguburkan potensi yang ada padanya oleh kerana kata “atau”, sebab dia tahu bagaimana memaksimumkan potensi yang ada padanya iaitu dengan kata “DAN”.

Anda mungkin pekerja biasa sahaja, tetapi Anda boleh berfungsi lebih dari itu. Anda boleh berfungsi sebagai mekanik dan pengkhutbah, pegawai kerajaan dan pelayan Tuhan di gereja. Anda mungkin seorang pastor dan peniaga yang berhasil.

Saya ada kerinduan untuk ini: “Saya adalah pastor, penceramah motivasi (bukan saja di gereja), pengkhutbah dan penulis buku.” Bukan : “Saya adalah pastor atau penulis buku. Pengkhutbah atau penceramah motivasi.” Jika saya berfikir dengan kata “Atau”, saya akan membuat pengasingan, menguburkan dan seterusnya mematikan potensi yang sebenarnya Tuhan telah tanamkan dalam diri saya.

Matius 25:14-30, menceritakan tentang tiga orang yang diberi talenta. Ada yang diberi 5 talenta, 2 talenta dan 1 talenta. Yang diberi 5 talenta telah menghasilkan 5 talenta, jadi semuanya 10. Yang diberi 2 talenta menghasilkan 2 talenta, jadi semuanya 4. Tetapi yang diberi 1 talenta, bertindak menguburkan talenta itu sehingga talenta itu tidak digunakan dan menghasilkan apa-apa. Akhirnya, yang diberi 1 talenta itu dihukum, dan talentanya diberikan kepada orang yang memiliki talenta lebih banyak. Dari perumpamaan ini, Yesus mengajarkan bahawa Dia tidak bertanya kepada kita, “Berapa talenta, potensi, kemahiran atau kurnia yang ada padamu?” Tetapi, Dia akan bertanya, “Adakah kamu telah mengenal pasti dan melaksanakan talenta, potensi, kemahiran atau kurnia yang ada padamu?”. Apakah Anda akan menjawab pertanyaan ini dengan kata “YA”? Atau jawaban Anda masih “TIDAK”. Jawablah sendiri....

RENUNGKAN:

Mula gunakan semua potensi yang Tuhan telah percayakan kepada Anda. Satu saat, Tuhan akan temukan bahawa Anda telah menjalankan kesemua potensi yang ada pada Anda secara maksimum, kerana semuanya Anda serahkan ke dalam tangan-Nya dan Anda mengerjakannya dengan setia.

Nota: Kepada Muda-Mudi....

Jika Anda sedang mencari pasangan hidup, jangan gunakan kata “Atau” atau “Dan”. Memilih : “Siti....atau Maria”. Ini ciri-ciri melawan firman Tuhan (2 Korintus 6:14). Memilih: “Marta dan Maria”. Ini adalah ciri-ciri mata keranjang. Fikir-fikirkanlah....

13 comments:

  1. inspiring! maju terus pastor. I'm blessed. My own blog : wagnerdaniel.blogspot.com. Feel free to comment.

    ReplyDelete
  2. Tq. Mari menjadi berkat melalui blog. Tuhan memberkati hidup, kerjaya, pelayanan dan masadepanmu. Gbu

    ReplyDelete
  3. Amen.. maksimal di dunia sekular dan dunia akhirat.. (i mean pelayanan kepada Bapa)

    ReplyDelete
  4. hahaha...Haleluyah! Dari Dia, Bagi Dia..Untuk Dia! Anda sedang berada di landasan yang tepat, landasan 160kM/j...terus pecut, jgn masuk "pit stop" lama sgt... ini waktunya membuktikan teori matematik dunia SALAH.. 5+2=7 adalah SALAH, 5+2=500+12 bakul extra... AMEN!

    ReplyDelete
  5. Yes. 5+2=5,000 + 12 bakul. Tuhan Yesus luar biasa.

    ReplyDelete
  6. Sungguh memberkati dan memberi inspirasi untuk maju dalam Tuhan melalui apa yang ada pada kita.

    ReplyDelete
  7. Qunga.
    Saya percaya, apa yang kamu mulakan sekarang bila itu ada di tangan Yesus; akan menjadi sesuatu yang dasyat. Kamu adalah peniaga yang diberkati Tuhan, tetapi juga pelayan Tuhan yang memberkati, berpengaruh dan berimpak luar biasa. Gbu

    ReplyDelete
  8. ya benar, TUHAN sentiasa menyediakan yang terbaik untuk kita semua.AMEN.

    ReplyDelete
  9. Tq..bantu doa saya dlm doa supaya saya dpt mengenal potensi yg ada pd saya.

    ReplyDelete